Thursday 12 September 2013

Wah!!! Lamanya tak update blog . Tak update ni bukannya apa nak buka tu lupa mana letaknya spanar n skru driver hehe.. lupa password daaaaa... boleh ker macam tu??? Kenapa tak bolehnya kan dan namakan manusia lagi di mamah usia di tambah pula dengan jadual yang dapat Fuh!!!. Mengalah menteri sibuknya kan hehe... Insyaalah jika di beri kesempatan masa kita share resipi-resipi terbaru yer. 



Tuesday 24 January 2012

Kek Padang Bola

Sempena hari lahir teman sepermainan pada 23 Januari lalu, za telah buatkan khusus kek untuk ABANG ZULHILMI. Happy Birthday "Abang". "Abang" ni jiran za, teman yang rapat ketika kecil dulu, ingat lagi umur kami beza 1 tahun. Ketika itu bang 5 tahun za 6 tahun, kami bersekolah di Taski Al Hilal, pergi sekolah sama-sama, balik pun sama-sama. Bezanya sekarang masing-masing bawa haluan masing-masing. Walaupun rumah hanya bersebelahan jarang sekali bertemu dapat berbual. So sempena birthday abang yang ke 27 mama abang telah meminta za buatkan sebiji kek khas untuk abang. Terimalah kek ini seadanya khusus untuk abang. Semoga abang sihat selalu dan berada  di bawah rahmatNya.


Angry Bird

Keluar  masuk mana-mana kedai-kedai kek baik di bandar mahupun pinggir bandar pasti terpamer kek Angry Bird kan? Bukannya game angry bird yang menjadi kegilaan malahan kek pun angry bird, senang cakap angry bird...angry bird... angry bird.... 





Dek kerana angry bird juga za mendapat rezeki dari Allah swt, seorang teman menempah kek angry bird untuk Birthday anak buahnya. TQ friend. 





Boleh lah kan designnye? budak masih dalam proses belajar..

Cookies

Salam petang Selasa kepada teman-teman semua. Rasanya masih belum terlambat untuk za ucapakn Selamat Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan yang berbangsa Cina, semoga di limpahi rezeki dan di kurniakan kesihatann yang baik. Kami di negeri Cik Siti Wan Kembang di peruntukkan cuti 2 hari sempena Tahun Baru Cina, pucuk di cita ulam mendatang lah kan.. nak3 orang macam za ni  hehee...

Cuaca yang panas terik membuatkan za malas untuk membawa anak dara sorang tu keluar ala window shopping gitu. So terkeluar lah idea nak buat cookies yang telah lama di idam-idamkan. Masuk jer dapur tengok bahan-bahan yang di perlukan semuanya sedia ada, apa lagi... jom sama-sama kita layan.

Cookies entah apanya main taruk jer bahan-bahan.


Bahan-bahannya :

2 cawan butter/majerin
1 sudu kecil vanila
Sedikit garam
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu soda bikarbonat
1 biji telur
1 1/2 cawan biji bunga matahari
1 1/2 cawan walnut (di tumbuk halus)
2 cawan nestum family (orang tua punya nestum yer)
1 cawan coklat chip

Cara-caranya :

1. Pukul butter/majerin hingga lembut dan masukkan vanila pukul hingga majerin betul2 kembang
2. Masukkan telur di selang seli dengan tepung gandum juga soda bikarbonat.
3. Dengan hanya menggunakan tangan(senduk) masukkan walnut, nestum, coklat chip, biji bunga matahari     kacau hingga sebati.
4. Apabila sudah sebati bentukkan biskut ini mengikut citarasa tersendiri. Bakar pada suhu 160 c selama 10-12 minit.

Pesanan : biskut ini tidak boleh di terap, za hanya menggunakan sudu untuk di letakkan di atas dulang pembakar.

Itu jer bahan-bahannya, mudahkan? Selamat mencuba. 

Friday 13 January 2012

Premium Coklat Cake






Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.... untuk post hari ni saya upload gambar jer dulu yer. Belum punya masa yang banyak untuk menyalin resipi... insyaallah bila berkesempatan nanti saya akan bagi resipi yer.. ok bye byeeeeeee

Wednesday 21 December 2011

KEK HANTARAN

Assalamualaikum ..... Bak kata ahli nujum dalam wayang P.Ramlee (Nujum Pak Belalang) JARANG-JARANG sekali update blog ni. Kawan-kawan nak berblog kita pun nak berbelog jugak padahal tuannya pemalas.. So hari ni sedikit rajin untuk meng update blog.

Za baru je selesai mendeco 2 biji kek yang di tempah oleh rakan emak yang za bahasakan dirinya Kak Nab. Kek ni di tempah sempena perkahwinan anak saudaranya HAIZA & USILA. TQ Kak Nab atas kepercayaan dan sokongan. Alhamdulillah walaupun tak se sempurna chef yang profesional, hasil kerja tangan Za ni siap juga akhirnya.

Nilaikan lah sendiri ye hasil kerja tangan Za ni . Kririkan membina di alu-alukan, al maklumlah masih dalam proses pembelajaran.

Kek Double Dacker untuk acara Pemotongan Kek Pengantin


Kek hantaran untuk pihak lelaki

Ok lah kan? Tak de lah teruk sangat kan? Tapi masih banyak yang perlu di baiki lagi. Ok lah cukup sampai sini saja bye byeeeeeeeeeeeeeeeeee.... see u next time insyaallah.  



Tuesday 15 November 2011

Apam Polkadot/ladybird/beer

 First time za tengok apam polkadot sekarang dah ada macam-macam design terus jer jatuh hati. Pada mulanya takut lah jugak nak cuba resipi ni, tu pn kerana rasa diri tak berapa kreatifkan dalam bab mencanting ni. Setelah berapa lama memujuk diri untuk mencuba resipi ni akhirnya berjaya. Alhamdulillah percubaan pertama terus menjadi (suka sangat). Sekarang dah boleh buat jual lagi (Rezeki Allah).

 Bahan-bahan :


Bahan A

  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gram tepung gandum
  • 220 gram gula halus
  • 150gram susu segar/susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
Bahan B
  • Pewarna (ikut suka)
Bahan C
  • Filling secukupnya (strawberry,blueberry ataupun apa2 ikut suka)



Cara-caranya :



  1. Masukkan kesemua bahan A ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksimum selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan kepada beberapa bahagian ke dalam mangkuk yang lebih kecil dan masukkan pewarna mengikut citarasa untuk mencorakkan apam nanti.
  3. Masukkan ke dalam pipping beg.
  4. Picitkan sedikit adunan kedalam mangkuk kertas yang telah di susun dalam acuan lompang.
  5. Picitkan Filling di atas adunan tadi.
  6. Picit lagi adunan yang sama sehingga 3/4 penuh, kemudian lorekkan mengikut citarasa.
  7. Kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana (jangan menggunakan api yang kuat, akan mengakibatkan apam menjadi mekar)


Mudahkan resipinya. Kalau sukat bahan dengan betul dan baca dengan teliti insyaallah menjadi. Tak de yang TIDAK melainkan diri sendiri menolak untuk menjadi yang terbaik. Selamat mencuba