Tuesday 15 November 2011

Apam Polkadot/ladybird/beer

 First time za tengok apam polkadot sekarang dah ada macam-macam design terus jer jatuh hati. Pada mulanya takut lah jugak nak cuba resipi ni, tu pn kerana rasa diri tak berapa kreatifkan dalam bab mencanting ni. Setelah berapa lama memujuk diri untuk mencuba resipi ni akhirnya berjaya. Alhamdulillah percubaan pertama terus menjadi (suka sangat). Sekarang dah boleh buat jual lagi (Rezeki Allah).

 Bahan-bahan :


Bahan A

  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gram tepung gandum
  • 220 gram gula halus
  • 150gram susu segar/susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
Bahan B
  • Pewarna (ikut suka)
Bahan C
  • Filling secukupnya (strawberry,blueberry ataupun apa2 ikut suka)



Cara-caranya :



  1. Masukkan kesemua bahan A ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksimum selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan kepada beberapa bahagian ke dalam mangkuk yang lebih kecil dan masukkan pewarna mengikut citarasa untuk mencorakkan apam nanti.
  3. Masukkan ke dalam pipping beg.
  4. Picitkan sedikit adunan kedalam mangkuk kertas yang telah di susun dalam acuan lompang.
  5. Picitkan Filling di atas adunan tadi.
  6. Picit lagi adunan yang sama sehingga 3/4 penuh, kemudian lorekkan mengikut citarasa.
  7. Kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana (jangan menggunakan api yang kuat, akan mengakibatkan apam menjadi mekar)


Mudahkan resipinya. Kalau sukat bahan dengan betul dan baca dengan teliti insyaallah menjadi. Tak de yang TIDAK melainkan diri sendiri menolak untuk menjadi yang terbaik. Selamat mencuba 

Monday 14 November 2011

Coklat Cheese Cake



Taraaaaa.......Kek Coklat di balut dengan Cheese tempahan dari dari jiran untuk perkahwinan anak rakan pejabatnya.. TQ atas sokongan Pn. Sabariah Ahmad Ghaus yang telah banyak membantu mempromosikan dalam hasil kerja za ni. Melihat pada hasil yang telah siap ni berbaloi rasanya berhempas pulas menyiapkan sebiji kek ni .. hehehe azab nya bunyi... x de lah bukannya ape saje jer nak melahirkan rasa kegembiraan ni... Apa pun za bersyukur  pada Illahi yang mengurniakan bakat ni.

Mini Coklat Kek



Ilham dari blog Kak Nuriniatti Zainuddin

Bahan-bahannya : 

Bahan A :

1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
- Gaul sebati dlm periuk & masak atas api perlahan hingga semua sebati.. kalau masih berketul2 x pe


Bahan B
3/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu KFC soda bikarbonat

1/2 sudu KFC baking powder
- ayak bersama semua bahan ni 


Bahan C
3 biji telur Gred A
- blend hingga berbuih/kembang


Cara2
1. Satukan Bahan B & Bahan C ke dalam Bahan A secara berselang seli. Gaul ngn senduk/spatula je
2. Bila dah sebati, tapiskan. Nanti akan ada bahan2 yg tersekat kt penapis tu. Tekan2 bahan2 tu supaya dia terjatuh kt hasil tapisan td.  Masukkan dalam acuan(za lebih prefer guna acuan mini mcm acuan apam tu sbb my daughter minat yg cute2)


Selamat mencuba.

Santapan Raja Sehari




Meja Utama 



Berpenat lelah akhirnya tersedia juga hidangan untuk  Santapan Raja Sehari... Al-maklumlah za ni bukannya tergolong dalam golongan yang profesional, tp dek kerana minat ini lah hasilnya. Bermula 10 November sehingga 12 November 2011 Alhamdulillah rezeki dari Allah swt. 

Udang Sayung  (nama yang di berikan oleh ayah za)



 Kerabu Tauhu



 Ayam Golek Bersos Badam
 Telur Masak merah Si Jantung Hati
 Nasi Jagung Belahan Hati
 Siakap Sweet Sour
 Ayam Bersos Kari
 Volcanic Vegetable
Capsicum berinti

 Ayam Merak Kayangan
Tauhu Spicy & Spice
Inilah antara hidangannya. Walaupun tak sehebat hidangan di Hotel 5 Star. tapi OK lah kan. Buat dengan rasa kasih dan sayang serta kerana Allah Taala insyaallah akan dapat hasilnya seperti yang kita inginkan. Itu lah salah satu petua za. 


Sekian untuk persembahan za pada kali ini.... jumpa lagi