Thursday 30 June 2011

TELUR MASIN




Bahan-bahan:
6 biji telur
Garam kasar ~ dalam 1/2 – 1 cawan
Air ~ dalam 1/2 liter

Cara- Caranya :
1. Bersihkan/basuh telur (saya guna span bahagian yg kasar)
2. Didihkan air, masukkan garam dan kacau sehingga garam larut. Saya akan tambah garam sedikit demi sedikit sehingga garam tidak lagi larut. Jadi airnya betul2 masin.
3. Angkat dan biarkan sehingga sejuk.
4. Masukkan air ke dalam bekas yang sesuai (balang plastik/kaca) dan masukkan telur. Pastikan telur tenggelam dan tutup bekas. (simpan kat luar, bukan dlm peti ais)
5. Selepas 2 ke 3 minggu, bolehlah telur direbus. Bergantung kepada kadar kemasinan air garam yang disediakan.

EGG BENEDICT



Bahan-bahan :


1 biji telur
1keping roti putih
lada hitam - freshly cracked
serbuk cili/paprika
sedikit butter
garam


cara-cara



  1. Butterkan bekas muffin@ bekas membakar kecil yang di gunakan
  2. Letakkan sekeping roti di dalam bekas muffin. Butterkan roti, tabur sedikit serbuk lada, lada hitam, dan garam
  3. Pecahkan sebiji telur ke atas roti. Tabur lagi sedikit serbuk lada, lada hitam dan garam. boleh juga ditaburkan sedikit cheese kalau mahu
  4. Bakar pada suhu 180c selama 15-20.

KEK BUAH




BAHAN-BAHANNYA :

2 1/2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 1/2 CAWAN GULA
1 CAWAN AIR SEJUK
2 BIJI TELUR
250 GM MENTEGA
2 CAWAN MIX FRUIT
2 SUDU KECIL BICARBONATE
1 SUDU KECIL CREAM OF TARTAR 
SEDIKIT GARAM

CARANYA:
1. AYAK TEPUNG DAN AMBIL SEGENGGAM DAN GAUL BERSAMA BUAH DAN LETAK TEPI.
2. AMBIL 3 SUDU GULA (DARI 1 1/2 CAWAN TU) DAN BAKAR DALAM PERIUK UNTUK JADIKAN
GULA HANGUS DAN MASUKKAN AIR DAN KACAU.
3. KEMUDIAN MASUKKAN BAHAN-BAHAN SEPERTI MENTEGA, GULA, GARAM DAN MIX FRUIT KE DALAM PERIUK TU. BILA GULA DAN MENTEGA DAH CAIR, MASUKAN BICABONATE DAN CREAM OF TARTAR. KACAU-KACAU SEBAB IA AKAN MERUAP BILA KITA MASUKKAN BICABONATE TU. SUPAYA ADUNAN TAK KELUAR DARI PERIUK…GUNA PERIUK YANG TINGGI LEBIH KURANG 7 INCI.
4. KEMUDIAN TUTUP API DAN BIARKAN SEBENTAR (AGAK-AGAK 10-15 MINIT).
5. MASUKKAN TEPUNG DAN KACAU SEBATI. PECAHKAN TELUR DALAM MANGKUK DAN KACAU-
KACAU (TAK PAYAH PUKUL SAMPAI NAIK) DAN MASUKKAN KE DALAM ADUNAN DAN KACAU
HINGGA SEBATI. KALAU ADUNAN LEMBIK SANGAT TAMBAH TEPUNG DAN KALAU TERKERAS TAMBAH AIR. ADUNAN NI TAK BOLEH CAIR….KALAU CAIR NANTI BUAH MENDAP KE BAWAH…PANDAI-PANDAI AGAK LA YE…
6. PANASKAN OVEN DULU DALAM 170 F . MASUKKAN ADUNAN DALAM ACUAN YANG DISAPU NGAN BUTTER DAN TABURKAN SEDIKIT TEPUNG DAN BAKARLAH SEHINGGA MASAK (LEBIH KURANG 1 JAM)
NOTA: KEK BUAH NI KENA BIAR 1 HARI BARU SEDAP DIMAKAN

Tuesday 28 June 2011

KEK PISANG


Bahan-bahan:
1. 2 cwn tepung gandum
2. 1 s/k baking powder
3. 1 s/k soda bikarbonat
4. 1 cawan gula
5. 4 biji pisang yang telak dilenyek
6. 1/2 cawan minyak masak
7. 1 s/k esen vanila
8. 2 biji telur



Cara-cara: 
1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah
2. Campurkan soda bikarbonat dan baking powder ke dalam tepung dan gaul rata. Kemudian ayak.
3. Putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi.
4. Masukkan tepung dan kacau sebati sedikit demi sedikit.
5. Akhir sekali tuangkan minyak masak ke dalam adunan dan kacau sebati.
6. Sapu acuan kek dengan mentega/butter kemudian taburkan tepung dan ratakan.
7. Bakar pada suhu 180 darjah selama 45 minit atau satu jam. 
8.Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba.

IKAN REBUS


Bahan-bahannya :



  • 1 kg ikan 
  • 5 sudu garam kasar
  • 2-3 keping asam gelugor
  • Sedikit lengkuas
  • 2 biji lada kering
  • Sedikit air
Cara-caranya :

  1. Masukkan ikan, garam, asam gelugor, lengkuas, lada kering.
  2. Akhir sekali masukkan air.
  3. Rebus dengan api perlahan dalam 20-30 minit. Selamat mencuba













KUZI AYAM


Bahan-bahannya :


  • 1 ekor ayam
  • 1 kg bawang besar (1/2kg di kisar, 1/2 kg di hiris halus)
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • Rempah kuzi
  • 1 tin tomato puri
  • 1 tin susu cair
  • Gula 
  • Garam
  • Gajus (di goreng)
  • Kismis (di goreng
  • Kentang (di dadu dan di goreng)
  • Minyak untuk menumis

Cara-caranya :



  1. Potong ayam ikut citarasa, perapkan ayam dengan garam halia dan bawang putih. selepas itu goreng separuh masak
  2. Tumis bawang besar yang di blender juga bawang yang di hiris halus sehingga kekuningan. 
  3. Masukkan rempah kuzi, tunggu sampai garing.
  4. Masukkan susu cair,tomato puri,gula dan garam secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukkan ayam, kismis,gajus dan juga kentang. Biarkan seketika dan siap untuk di hidangkan.


Monday 27 June 2011

AYAM MASAK MERAH


Bahan-bahannya

  • 1 ekor ayam 
  • 10 biji lada kering
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu sos tomato
  • 2 sudu sos cili
  • garam gula 
  • sedikit minyak
Cara-caranya :

  1. Ayam di potong mengikut citarasa, di perap dengan garam dan di goreng, ketepikan..
  2. Blender lada kering, bawang merah, bawang putih. Tumis kan semua bahan itu sehingga kekuningan.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, garam dan gula secukup rasa.
  4. Akhir sekali masukkan ayam biarkan seketika. Sedia untuk di hidangkan

ROTI JALA


Bahan-bahannya :

  • 1 kg tepung gandum
  • 3 biji telur 
  • sedikit garam
  • air
  • pewarna ikut citarasa
  • sedikit minyak
cara-caranya :

Masukkan semua bahan kacau sehingga sebati. Panas kuali yang telah di sapukan minyak terlebih dahulu.
Dengan mengunakan acuan adunan tadi siap untuk di deco. Selamat mencuba....

SIRA ROTI


Bahan-bahannya :

  • 1 buku roti
  • 2 cawan santan
  • 1 cawan gula
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 air

cara-caranya :

  1. Hiris roti mengikut citarasa. ketepikan.
  2. Masukkan semua bahan lain kedalam periuk. Didinkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan roti dan tutupkan api..
  4. Hidangan ini sedap di hidangkan panas mahupun sejuk. Selamat mencuba.

NASI DAGANG


Bahan-bahannya :



  • 1 kg beras merah (beras khas untuk nasi dagang
  • 7 ulas bawang merah (di hiris halus)
  • 7 ulas bawang putih (di hiris halus)
  • 2 sudu halba
  • 2 inci halia (di hiris halus)
  • 2 cawan santan
  • gula secukup rasa
  • garam secukup rasa
Cara penyediaannya :

  1. Rendam beras selama 6 jam. selepas itu toskan
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia garam dan gula ke dalam santan. Masakkan sekejap dan ketepikan.
  3. Kukus beras lebih kurang 12 minit sehinggap keluar wap. Angkat dan masukkan dalam bekas dan masukkan bahan yang di masak tadi sedikit demi sedikit(separuh) (langkah 1) . Masukkan kembali dalam kukusan dan di kukus seketika sehingga keluar wap dan lakukan seperti langkah 1 tadi. masukkan lebihan bahan yang di masak tadi dan kukus sekali lagi. biarkan lebih kurang 7 minit dan boleh diangkat.dan di hidangkan. selamat mencuba...

MELEMBUTKAN DAGING LEMBU


Petua untuk melembutkan daging apabila di masak ialah 

  1. Cara memotongnya semasa penyediaannya haruslah betul. hiris daging dengan melintang uratnya.
  2. Kalau daging lambat lembut masukkan beberapa biji biji kurma (butir kurma deh) yang telah di keringkan. di biarkan seketika.
Insyaallah saya telah menggunakan petua tersebut.. alhamdulillah menjadi daging menjadi lembut dan sedap di makan.

PUDING GULA HANGUS a.k.a PUDING BISKUT


Bahan-bahannya :

  • 15 biji telur
  • 8 keping biskut
  • 1 cawan air
  • 1 cawan gula 
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • sedikit gula untuk di buat gula hangus

Cara-caranya :

  1. Taburkan gula dalam acuan dan panaskan acuan dengan api yang berlahan hingga bertukar warna keperangan dan jangan di biarkan hangit
  2. Campurkan air, susu pekat, gula dan esen vanila masukkan juga kepingan biskut. Di biarkan beberapa minit.
  3. Pukul telur dan masukan bahan yang di rendam tadi. gaul sebati. dan masukkan dalam acuan.
  4. Kukus selama 40-50 minit mengikut saiz loyang

COKLAT MOIST


Bahan-bahannya :



Bahan A

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan serbuk coco
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat
Bahan B

  • 3/4 cawan tepung gandum(di ayak)
  • 1 sudu baking powder(di ayak)
  • 1 sudu soda bikarbonat(di ayak)
Bahan C

  • 4 biji telur ( di blender)

Cara-caranya :
 
  1. Campurkan kesemua bahan A dan masak dengan menggunakan double boil rehatkan seketika.
  2. Apabila bahan A tadi sejuk masukkan bahan B dengan di selangi dengan bahan C. Kacau sehingga sebati. 
  3. Panaskan oven pada suhu 180c. masukkan bahan tadi dalam loyang mengikut citarasa. bakar selama 30-45 minit mengikut saiz loyang.

NASI JAGUNG


Bahan-bahannya :


800 gm beras basmathi
air (mengikut kesesuaian, biasanya air sama banyak dengan beras)
5 ulas bawang beras (di mayang)
2 ulas bawang putih (di mayang)
1 tin jagung
3 sudu minyak sapi
bunga lawang
kulit kayu manis
bunga cengkih
pelaga hindi
1 helai daun pandan


Cara-caranya :



  1. Panaskan minyak sapi, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, pelaga hindi,bawang merah, bawang putih, sehingga terbit bau dan bertukar warna kekuningan.
  2. Masukkan beras basmathi, air, daun pandan dan akhir sekali masukkan jagung, di biarkan seketika (seperti memasak nasi putih biasa) siap untuk dihidangkan.

ACAR MENTAH


Bahan-bahannya :



  • 5 batang timun
  • 1  batang lobak merah
  • 2 biji lada merah
  • 2 ulas bawang besar
  • 5 sudu gula
  • 1/2 cawan cuka
  • sedikit kobis

Cara-caranya :

  1. Potong timun. lobak merah, lada merah, bawang besar, kobis ikut citarasa.
  2. Masukkan gula dalam cuka kacau sebati sehingga gula hancur dan masukkan bahan-bahan yang yang di potong tadi. Siap untuk di hidangkan.

KERUTUK DAGING


Bahan-bahannya :


  • 1 kg daging
  • 2 cawan santan
  • 1 paket rempah kerutuk (kalau di kelantan brand langgar@kasturi memang sedap)
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 cm lengkuas
  • 2 cm halia
  • 1 sudu kecil belacan
  • 1 helai daun pandan
  • sedikt jintan putih 
  • sedikit jintan manis
  • sedikut minyak untuk menumis

Cara-caranya :

  1. Bawang putih, bawang merah, halia dan lengkuas di hiris halus di tumis bersama jintan manis jintan putih, belacan dan serai dengan sedikit minyak sehingga bertukar warna kekuningan.
  2. Masukkan rempah kerutuk di biarkan seketika sehingga garing masukkan daging dan juga daun pandan dan di biarkan 10 minit.
  3. Apabila daging sudah lembut masukkan santan dan di biarkan lebih kurang 20 minit.
  4. Sedia untuk di hidangkan. Selamat mencuba.

BUN ASAS



Bahan-bahannya :
400 gm Tepung Roti (High Protein Flour)
12 gm Ragi Kering (Brand Mauripan boleh) - kalau guna freash yeast double the quantity
1 gm bread improver (optional)
6 gm garam
50
 gm telur (approx. 1 biji gred B)
48 gm gula castor
12 gm tepung susu (susu anak pun boleh)
60 gm marjerin
190 ml air

Cara menyediakannya:
1. Campurkan kesemua bahan kecuali telur, marjerin dan air. Gaul sebati
2. Masukkan telur, marjerin dan air. Uli sehingga doh elastik @ tidak lekat di tangan
3. Tutup doh dengan cling film/tuala lembab. Biarkan doh nak hingga double the size
4. Tumbuk doh. Bahagikan doh kepada bahagian2 kecil yang sama saiz. Timbang dlm 50-60gm sebiji. Rehatkan antara 5 - 10 min.
5. Bentukkan doh mengikut citarasa
6. Rehatkan lagi sehingga kembang dua kali ganda.
7. Sapu telur dan bakar sehingga masak dengan suhu 190C selama 15-20 min
 

Nota :


1. Jangan masukkan kesemua air. Gandum yang digunakan mungkin berbeza dari segi kandungan air.
2. Suhu dan masa membakar adalah bergantung kepada oven yang digunakan.
3. Nak suruh doh naik cepat senang jer, masukkan dlm kereta yg tertutup (ni chef ajar).