Thursday 8 September 2011

Pai Tee


Bahan-bahannya
500 gram tepung beras
30 gram tepung gandum
2 biji telur kecil
850 ml air
sedikit garam
sedikit pewarna kuning
minyak untuk menggoreng
secukup inti samosa, atau inti popiah
sedikit daun bawang, daun sup dan hirisan lada merah
sedikit sos cili
acuan kuih jambang

Cara-caranya
Kedua-dua tepung diayak dalam mangkuk. Ketepikan. Telur, garam dan pewarna kuning dikacau rata. Tuangkan 1/2 bahagian air, ratakan, lalu dimasukkan sedikit-sedikit kedalam mangkuk tepung, sambil mengacau sehingga adunan sebati. Tambah baki air kedalam adunan sehingga menjadi cair dan nipis.

Gunakan kuali kecil ukuran 10". Tuangkan minyak 1/2 kuali. Panaskan acuan jambang didalam minyak tersebut. Keluarkan acuan itu sebentar, supaya tidak terlalu panas, lalu celupkan kedalam adunan dan goreng dengan api sederhana. Acuan hendaklah dienjut-enjutkan sehingga adunan menjadi kekuning-kuningan, baru boleh dilepaskan dan ditolak perlahan-lahan dengan lidi. Apabila menggoreng, ratakan sehingga berwarna perang. Angkat dan toskan.

Isi kelongsong dengan inti daging, seperti inti samosa atau sayuran sengkuang seperti inti popiah. Hiaslah diatas dengan daun bawang atau daun sup serta lada merah dan sos cili.


Kuih Lapis


Bahan-bahan: menghasilkan satu loyang bulat berdiameter 7 inci)

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
5 cawan santan sederhana pekat (daripada sebiji kelapa) - 
sebungkus tu. campur air menjadi 5 cawan... sedang elok lemaknya
sedikit pewarna merah dan esen ros/ pisang( setitik, dua je)tp sy guna byk warna biar nampak colourful skit
1/4 sudu teh garam

Cara membuatnya:

1. Panaskan pengukus.
2. Dalam satu mangkuk besar, campurkan tepung gandum, tepung beras, gula pasir dan santan. Gaul sebati menggunakan whisk. Tapiskan ke dalam bekas lain agar adunan sebati.

3. Bahagikan kepada 2 bekas. Untuk selamat kira secawan demi secawan. Kalau nak buat 7 lapis, bahagikan mengikut nisbah 3:4. Bahagian yang 4 cawan diwarnakan merah dan biarkan satu bahagian lagi putih.(tp sy guna 4 warna atas kretiviti masing2)

4. Letakkan garam di dalam adunan putih dan esen ros di dalam adunan merah.

5. Letakkan loyang di dalam pengukus. Tuangkan satu cawan adunan berwarna merah dan kukus selama 7-10 minit. Ulang proses hingga lapisan terakhir berwarna merah. K.An tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya menyerlah.

6.Setelah siap, keluarkan daripada pengukus dan sejukkan. Kalau nak cepat, rendamkan loyang dalam dulang berisi air ais dan bila loyang sejuk , barulah dimasukkan ke dalam peti ais.

Potong dan hidangkan.

Chiken Pai


CHICKEN PIE

Pastri

400 gm mentega
500 gm tepung gandum
100 gm tairu biasa (plain yoghurt)
2 sudu teh gula
2 biji kuning telur
secubit garam

Cara-caranya

Masukkan semua bahan ke dalam sebuah bekas yg besar kecuali tairu. Gaul rata sehingga bahan menyerupai ‘breadcrumbs’. Kemudian, masukkan tairu dan uli sehingga menjadi adunan yg lembut. Masukkan adunan ke dalam peti sejuk kira-kira 30 minit hingga 1 jam sebelum digunakan.

Inti:

500 gm kentang (potong dadu, rebus hingga empuk, toskan)
100 gm lobak merah (potong dadu, rebus dgn kentang)
2 biji bawang besar (potong dadu)
50 gm kacang peas80 gm jagung dlm tin
secukup cendawan butang (hiris atau potong kecil2)
300 gm isi ayam (potong dadu)
2-3 sudu besar tpg jagung (bancuh dgn 5 sudu besar air)
1 sudu besar gula (optional)
1-2 sudu teh garam (atau secukup rasa)
1/2 sudu teh serbuk buah pala (optional)secukup lada putih / lada hitam.
4 sudu besar minyak
1 biji kuning telur + 2 sudu besar susu segar (utk sapu atas permukaan pie)

Cara
1) Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar hingga layu. Masukkan isi ayam tadi dan kacau sebentar sehingga agak masak.
2) Seterusnya, masukkan cendawan, kentang, lobak, kacang peas & jagung. Kacau hingga sebati lalu bubuh garam, gula, lada putih/hitam & serbuk buah pala. Kalau bahan agak kering, bubuh sedikit air dan gaul lagi.
3) Kemudian tuangkan campuran tpg jagung bersama air tadi. Gaul rata-rata. Sesuaikan rasanya dan matikan api.
Cara Membuat Pie
Keluarkan adunan dari peti sejuk lalu dicanai. Anda boleh buat pie mengikut saiz yg anda suka. Setelah adunan dicanai, terapkan dan bubuh ke dalam acuan pie lalu ratakan. Cucuk2 sedikit adunan di dasar acuan. Kemudian, isikan dgn intinya dan tutuplah acuan pie ini dgn sekeping lagi adunan yg telah dicanai. Cucuk2 lagi di permukaannya dan sapukan dgn kuning telur. Bakar dalam oven dgn suhu 180C selama kira-kira 30 minit.

Nota:
1. Anda boleh juga masukkan telur rebus ke dalam inti pie ini. Kalau gunakan telur ayam, setelah direbus, dipotong ke beberpa bahagian kecil. Boleh juga digunakan telur burung.
2. Anda boleh gantikan jagung, kcg peas & lobak dgn sayur campur (mixed vege) dgn sukatan yg lebih kurang sama.
3. Saya gunakan acuan pie bersaiz medium dan menghasilkan kira-kira 14-16 biji pie.


                                                                                                                         

Puding Koktel Berkuah


Bahan utama :
  1. Mix fruit dalam tin kalau guna fresh fruit lagi sedap (* nata de coco pun boleh)

Bahan-bahan untuk kuah :

  1. 1 Tin Susu Cair.
  2. 2 Cawan Air (*sukat guna tin susu cari tadi).
  3. Kuning telur.
  4. Tepung Kastad.
  5. Esen Vanilla. ( kalau x letak pun xpe. )
  6. Gula ( 4/5 sudu besar.. kalau nak tambah atau kurang pun boleh )

Cara memasak :

  1. Bahan-bahan kuah di campurkan.
  2. Letakkan di atas api yang perlahan.
  3. Kacau sehingga gula cair.
  4. Setelah itu. keluarkan dan masukkan kedalam bekas./mangkuk
  5. Masukkan mix fruit (* ambil buah sahaja, tak perlu ambil air )
  6. Simpan dalam peti sejuk (bukan freezer ye).
  7. Kalau tak sabar, letak ais..tak perlu simpan dlm peti sejuk.


Tiramisu

Bahan-bahan
200gm whipping cream
250gm cream cheese
30ml susu segar
80gm gula icing
18-20 keping biskut span ( boleh diganti dengan cebisan kek span)
170ml air kopi ( dicampur gula)
Serbuk koko secukupnya
30gm parutan coklat
Strawberries utk hiasan

Cara membuatnya
1. Pukul whipping cream sehingga kental. Ketepikan
2. Putar cream cheese hingga lembut. Pastikan cream cheese dibiarkan dalam suhu bilik sebelum digunakan
3. Masukkan susu dan gula. Putar lagi hingga ringan
4. Campurkan whipping cream dengan dengan cream cheese, kacau rata
5. Celupkan biskut ke dalam air kopi. Susun beberapa keping dalam mangkuk kaca
6. Ratakan separuh campuran krim
7.Ayak serbuk koko diatasnya. Ulang langkah 5 hingga 7 sehingga habis biskut dan krim
8. Hiaskan dengan cherry or strawberries..

Tuesday 6 September 2011

MURTABAK CREAM CRACKER


Bahan-bahan

1 kati daging lembu di kisar/cincang halus
1 paket rempah kari daging
1 kati bawang besar di potong dadu
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia
1 senduk minyak masak untuk menumis
1 tin susu cair
1 biji kelapa di ambil santan (3 gelas)
RM 1.00 daun sup(dipotong halus)
RM 1.00 cili merah di hiris halus
4 biji telur ayam
4 sudu majerin
45 keping cream crackers
Garam secukup rasa

Cara-caranya

Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang-bawang yang telah di tumbuk diikuti dengan rempah kari. Bila telah garing dan wangi tambah daging serta 1 cawan air
Kacau selalu dan biarkan hingga kering tambah bawang besar setelah secukupnya gaul rata dan bawang besar agak layu angkat dari api dan ketepikan
Masak santan dan susu cair hingga mendidih tambah sedikit garam . sejukkan sedikit setelah di angkat dr api
Santan suam direndamkan biskut cream crackers(rendam cream crackers sedikit2 jgn masukkan kesemua nntimenjadi terlalu lembik) hingga separuh kembang.
Menggunakan Loyang 10X10 yang di lapik.alas keatas minyak (gris paper)&bersapu mejerin atur sebyk 9 keping biskut