Tuesday 24 January 2012

Cookies

Salam petang Selasa kepada teman-teman semua. Rasanya masih belum terlambat untuk za ucapakn Selamat Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan yang berbangsa Cina, semoga di limpahi rezeki dan di kurniakan kesihatann yang baik. Kami di negeri Cik Siti Wan Kembang di peruntukkan cuti 2 hari sempena Tahun Baru Cina, pucuk di cita ulam mendatang lah kan.. nak3 orang macam za ni  hehee...

Cuaca yang panas terik membuatkan za malas untuk membawa anak dara sorang tu keluar ala window shopping gitu. So terkeluar lah idea nak buat cookies yang telah lama di idam-idamkan. Masuk jer dapur tengok bahan-bahan yang di perlukan semuanya sedia ada, apa lagi... jom sama-sama kita layan.

Cookies entah apanya main taruk jer bahan-bahan.


Bahan-bahannya :

2 cawan butter/majerin
1 sudu kecil vanila
Sedikit garam
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu soda bikarbonat
1 biji telur
1 1/2 cawan biji bunga matahari
1 1/2 cawan walnut (di tumbuk halus)
2 cawan nestum family (orang tua punya nestum yer)
1 cawan coklat chip

Cara-caranya :

1. Pukul butter/majerin hingga lembut dan masukkan vanila pukul hingga majerin betul2 kembang
2. Masukkan telur di selang seli dengan tepung gandum juga soda bikarbonat.
3. Dengan hanya menggunakan tangan(senduk) masukkan walnut, nestum, coklat chip, biji bunga matahari     kacau hingga sebati.
4. Apabila sudah sebati bentukkan biskut ini mengikut citarasa tersendiri. Bakar pada suhu 160 c selama 10-12 minit.

Pesanan : biskut ini tidak boleh di terap, za hanya menggunakan sudu untuk di letakkan di atas dulang pembakar.

Itu jer bahan-bahannya, mudahkan? Selamat mencuba. 

No comments:

Post a Comment