Bahan-bahannya :
- 1 kg beras merah (beras khas untuk nasi dagang
- 7 ulas bawang merah (di hiris halus)
- 7 ulas bawang putih (di hiris halus)
- 2 sudu halba
- 2 inci halia (di hiris halus)
- 2 cawan santan
- gula secukup rasa
- garam secukup rasa
Cara penyediaannya :
- Rendam beras selama 6 jam. selepas itu toskan
- Masukkan bawang merah, bawang putih, halia garam dan gula ke dalam santan. Masakkan sekejap dan ketepikan.
- Kukus beras lebih kurang 12 minit sehinggap keluar wap. Angkat dan masukkan dalam bekas dan masukkan bahan yang di masak tadi sedikit demi sedikit(separuh) (langkah 1) . Masukkan kembali dalam kukusan dan di kukus seketika sehingga keluar wap dan lakukan seperti langkah 1 tadi. masukkan lebihan bahan yang di masak tadi dan kukus sekali lagi. biarkan lebih kurang 7 minit dan boleh diangkat.dan di hidangkan. selamat mencuba...

No comments:
Post a Comment