Tuesday, 28 June 2011

KUZI AYAM


Bahan-bahannya :


  • 1 ekor ayam
  • 1 kg bawang besar (1/2kg di kisar, 1/2 kg di hiris halus)
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • Rempah kuzi
  • 1 tin tomato puri
  • 1 tin susu cair
  • Gula 
  • Garam
  • Gajus (di goreng)
  • Kismis (di goreng
  • Kentang (di dadu dan di goreng)
  • Minyak untuk menumis

Cara-caranya :



  1. Potong ayam ikut citarasa, perapkan ayam dengan garam halia dan bawang putih. selepas itu goreng separuh masak
  2. Tumis bawang besar yang di blender juga bawang yang di hiris halus sehingga kekuningan. 
  3. Masukkan rempah kuzi, tunggu sampai garing.
  4. Masukkan susu cair,tomato puri,gula dan garam secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukkan ayam, kismis,gajus dan juga kentang. Biarkan seketika dan siap untuk di hidangkan.


No comments:

Post a Comment